Belajar cara belajar lebih menekankan usaha pelajar sendiri untuk mendapat ilmu pengetahuan dan kemahiran. Pelajar perlu menentukan halatuju sendiri dalam menuntut ilmu. Mereka boleh menggunakan bahan sedia ada, kawan dan sumber lain untuk memperoleh ilmu.
Bagi menjayakan pembelajaran tersebut, pelajar perlu berperanan sebagai,
Setelah pelajar telah berjaya melakukan semua peranan tersebut, mereka perlu mengetahui cara bagaimana untuk mencapai semua itu. Cara-cara tersebut adalah melalui,
1. Mendengar secara berkesan.
Semasa sesi pembelajaran, pelajar perlu mendengar dengan penuh konsentrasi. Guru memberi semua maklumat penting. Ayat atau perkataan yang sering diulang memberi maksud fakta atau perkara Itu penting.
2. Membaca secara berkesan.
Ini boleh dicapai melalui kaedah membaca yang betul. Kaedah yang perlu dipelajari ialah luncuran, imbasan, intensif dan laju.
3. Mencatat nota secara berkesan.
Pelajar perlu mempelajari cara mencatat nota penting. Bukan menyalin nota. Nota panjang tidak memberi apa-apa makna jika pelajar gagal mengingat apa yang mereka tulis. Nota pendek dan berkesan memberi seribu makna kepada anda. Nota perlu diberi nafas baru.Warna dapat menarik perhatian anda untuk terus membaca dan mengingat.
4. Menulis secara berkesan.
Pelajar digalakkan menulis perkara-perkara yang penting sahaja. Menulis akan menjadi sia-sia apabila nota panjang menjela tidak memberi apa-apa makna kepada diri anda.
5. Mengingat secara berkesan.
Pelajar perlu mempelajari cara mengingat yang betul. Dengan kaedah menulis, mencatat dan mengintrepasikan nota dalam bentuk menarik, menjadikan maklumat dipelajari mudah diingat. Ingatan memori yang berpanjangan dan berkekalan memudahkan anda mencapai markah yang baik dalam peperiksaan.
Kaedah pembelajaran ini berasaskan strategi pemusatan pelajar dan merangkumi bidang kognitif, psikomotor dan efektif. Strategi pemusatan pelajar memerlukan pelajar memainkan peranan penting dan guru sebagai pembimbing. Komunikasi antara guru dan pelajar adalah secara dua hala, pelajar digalakkan memberi pendapat, mementingkan kaedah berkumpulan dan pelajar menunjukkan sifat kreatif dan berinisiatif.
SELAMAT MENCUBA
0 comments:
Post a Comment