1st thing saya nak cakap, saya betul-betul bersyukur kepada Tuhan kerana dengan limpah izin dan kurnianya, Dia memberi peluang kepada saya untuk menulis surat ini kepada awak. Saya ingin mengucapkan terima kasih kerana awak sudi membaca surat saya yang tidak seberapa dan agak pelik ini. Sebelum itu, saya ingin menyatakan luahan hati saya...saya terlalu sukakan awak..saya ingin berterus terang kepada awak yang saya memang sukakan awak..sejak pandang pertama..saya melihat muka awak..hati saya terpaku, kaku, terpegun dan terpesona. Saya tidak dapat menyatakan bagaimana terlalu tulusnya sayang saya pada awak..ianya tidak dapat diungkap dengan kata-kata..
Setiap hari, saya selalu terbayangkan awak..sejak pertama kali melihat wajah awak di laman sesawang..saya angau, saya gila, saya mula cuba untuk menyayangi diri awak dengan sebaik mungkin..makan tak basah, tidur tak kenyang, mandi tak lena....eh! makan tak kenyang, tidur tak lena, mandi tak basah *tengok, sampai peribahasa pun tersasul!*..saya cuba untuk mendekatkan diri dengan awak, dunia awak..tetapi..saya akui..untuk dekat dengan awak, bukanlah sesuatu yang mudah..kerana dunia kita terlalu berbeza..sangat ketara perbezaannya.
Saya akui, setiap hari..saya tatap wajah awak..setiap pagi..saya bukak laptop..saya setkan desktop wallpaper saya dengan gambar awak..saya tatap gambar awak puas-puas..sambil tersenyum melihat gambar awak..saya juga telah mengambil beberapa foto awak dari laman sesawang *web laaaa* sosial yang paling popular di abad ini iaitu Facebook..dan saya letakkan semua gambar-gambar awak di dalam satu folder khas untuk meletakkan semua gambar-gambar awak untuk tatapan saya setiap hari. Walaupun ada orang kata perbuatan saya ni ibarat "STALKER"..tetapi saya buang segala tohmahan dan caci maki daripada semua orang..sebab saya tahu..ini saja yang dapat mengubati hati saya yang selalu merindui awak.
Saya juga sedar, yang kita tidak mungkin akan berjumpa..cukuplah sekadar ada gambar awak di dalam laptop saya..saya amat-amat menghargai gambar-gambar awak..saya akan print gambar awak dan saya akan simpan gambar awak sebaik mungkin...seperti saya menjaga diri saya sendiri. Walaupun kebarangkalian *maths la pulak* untuk kita berjumpa adalah 0%...dan kebarangkalian untuk awak menerima cinta saya adalah 0%..tetapi saya selalu berharap agar suatu hari nanti..saya dapat berjumpa dengan awak..bertentang mata..tangkap gambar bersama-sama dengan awak..dan saya akan simpan gambar itu sebagai harta yang paling saya sayangi..itu pun dah cukup memadai. Saya juga berharap agar satu hari nanti..cinta saya ini akan dibalas..oleh awak..tapi..haha..itu tidak mungkin kan?? haha XD
Saya selalu mendengar lagu-lagu dari kumpulan C.N Blue kerana lagu-lagu mereka cukup memikat hati..dan bila saya mendengar lagu dari kumpulan mereka..hati dan fikiran saya melayang kepada awak..Serius saya katakan..saya tidak dapat menumpukan sepenuh perhatian saya kepada pelajaran..sebab saya hanya teringatkan awak, wajah awak yang cukup memikat hati saya *ala..alasan je tu..malas nak belajar*..kawan-kawan saya semua pelik melihat perubahan diri saya..yang selalu tersenyum..tersengih tak tentu pasal..ketawa tak bertempat dan tiba-tiba je melayan lagu-lagu jiwang karat..ini semua terjadi setelah munculnya awak di dalam hati saya..saya tidak dapat mengawal hati, jiwa raga, fikiran dan perasaan saya terhadap awak kerana awak adalah berharga buat saya.
Saya suka mendengar lagu "Love Light- C.N Blue" *tak tanye pon?* dan nak dikatakan..setiap hari saya mendengar lagu tu..tak kira di mana sahaja..jika di bilik..saya mainkan lagu tu menggunakan laptop dan bila di luar..telefon bimbit yang menjadi teman saya..di dalam telefon bimbit saya juga terdapat banyak gambar-gambar awak yang telah saya simpan..dan seperti di dalam laptop..gamba awak juga saya jadikan sebagai wallpaper telefon bimbit saya..malah..di Facebook saya juga saya jadikan gambar awak sebagai gambar profil saya..kalau boleh..saya tak nak melupakan awak walaupun sesaat..sebab awak begitu berharga bagi saya..saya selalu berharap agar..saya dan awak dapat berjumpa..seterusnya bermesra..dan awak akan menyanyikan lagu "Love Light" dan memetik gitar sambil kita duduk di tepi pantai untuk menikmati malam yang indah dengan kehadiran bintang-bintang yang berkelipan...itulah impian yang saya harapkan..
Saya berharap agar awak dapat membaca isi hati saya..sebelum saya mengundurkan diri..saya ingin meminta maaf jikalau terdapat salah dan silap yang mungkin tidak disengajakan..dan saya berharap agar pintu hati awak akan terbuka untuk saya...biarlah walaupun sedikit...akan tetapi..saya tau..ianya tidak mungkin akan terjadi..cukuplah bagi saya dengan hanya menjadikan awak sebagai bintang pujaan saya..biarlah saya angau, syok sendiri dan maybe orang akan kata saya gila..asalkan..pintu cinta saya terbuka hanya untuk seseorang..iaitu awak. Saya akan berusaha menjaga hati saya untuk mencintai awak selalu biarpun cinta saya hanya bertepuk sebelah tangan dan tidak dibalas..asalkan hanya awak di hati saya..bukan orang lain. Sebelum saya menamatkan surat ini..saya ingin menyatakan sesuatu..khas untuk awak:
SARANGHAEYO!
Hanya dengan perkataan ini sahaja yang mampu saya luahkan perasaan saya kepada awak...walaupun tak seberapa..saya betul-betul ikhlas..harap awak dapat terimanya dengan hati yang terbuka..sekian..
Salam Sayang,
__________________
(Yang Menyayagi Dirimu)
0 comments:
Post a Comment