Blogger Templates

Followers!

Ok tak?

Assignment Kedua UBM : 3 Sunnah Rasulullah serta Kebaikannya

Assalamualaikum w.b.t semua ^^


Hari ni aku mengambil cabaran UBM .. hihihi
Kalo korang semua nak tengok official webnya..

Klik kat sini>>> UBM

Assignment yang diberi oleh Pihak UBM tak lah seteruk atau seTENSION assignment yg diberi oleh lecturer kat universiti..HAHAHA XD

Memandangkan semalam aku dah jadi mayat untuk produksi teater MAYAT..
Aku dapat sedikit keinsafan tentang bagaimana keadaan mayat yang sebenarnya...*walaupun bukan mayat sebenar..lol*

Aku punya cerita~
Tentang Islamku yang tercinta~
Sebuah agama yang sangat menawan~

Sekarang aku akan memberi sedikit info tentang:

3 SUNNAH RASULULLAH S.A.W SERTA KEBAIKKANNYA

Sunnah Pertama

a) Melakukan Solat Sunat di dalam Rumah
Rumah merupakan sebuah tempat tinggal bagi semua makhluk ciptaan Allah di muka bumi ni. Sedangkan haiwan, serangga malah tumbuh-tumbuhan pun ada tempat tinggal *lebih spesifik : Habitat* nya sendiri. Bagi manusia, rumah merupakan suatu keperluan ASAS di dalam kehidupan. Kebanyakkan manusia inginkan rumah yang selesa, besar, cantik dan mempunyai perabot-perabot yang cantik serta menawan. Akan tetapi, rumah yang SEBENAR-BENARNYA cantik adalah rumah yang dimana pemilik atau penghuninya kerap kali menunaikan solat fardhu serta sunat dirumahnya. ini boleh dibuktikan menerusi sabda Rasulullah S.A.W:

عَنْ جَابِرٍ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا قَضَى أَحَدُكُمْ الصَّلاَةَ فِي مَسْجِدِهِ 
فَلْيَجْعَلْ لِبَيْتِهِ نَصِيبًا مِنْ صَلاتِهِ فَإِنَّ اللَّهَ جَاعِلٌ فِي بَيْتِهِ مِنْ صَلاتِهِ خَيْرً

Maksudnya:
Daripada Jabir RA katanya Rasulullah SAW bersabda: Apabila seseorang kamu menunaikan sembahyang di masjid, hendaklah ia jadikan juga rumahnya ada bahagian sembahyang kerana Allah akan menjadikan di rumahnya yang ada sembahyang kebaikan.
(Riwayat Muslim )


Solat fardu itu pula wajib kerana sebagai seorang Islam dan iman solat adalah ibadah yg terutama dan paling utama sebagai membuktikan keIslaman serta keImanan kita sebagai orang Islam yg beriman. Kita telahpun diberitahu bahawa solat fardu itu adalah tiang agama, jika kita tidak solat, maka runtuhlah agama kita, dan menjadi kafirlah pemikiran kita; dan di akhirat kelak solat fardu adalah ibadah yg pertama dan utama dihisab, baik hisabannya, maka baiklah kesudahan hisaban ibadah dan amalan yg lain.Solat fardulah satu daripada ciri penting jema'ah Islam, kerana dikerjakan secara berjema'ah di belakang Imam yg mengetuai solat tersebut. [Nota: 'Imam' adalah jawatan kemuncak dalam golongan 'ulil amri', i.e. orang-orang yg diberikuasa mentadbiruruskan jema'ah umat Islam].

Terdapat banyak kelebihan apabila kita mengerjakan solat sunat di dalam rumah.Antara kelebihan yang boleh didapati adalah:

(i)   Solat sunat di rumah Memberikan Cahaya keImanan di rumah:
Tanpa mengerjakan solat di rumah tanpa satu orang yang mengerjakannya, maka pudarlah rumah itu. Dengan itu, Rasulullah S.A.W menyuruh umat Islam mengerjakan solat sunat di rumah seperti yang disebutkan di dalam hadis berikut:

Diriwayatkan hadith daripada ‘Asim bin ‘Amru (r.a) berkata: ‘Keluar rombongan dari Iraq ke atas (yakni, menemui) Omar (r.a), maka apa-apa yang datang atasnya (yakni, rombongan tersebut), maka berkata bagi mereka (i.e. kpd mereka): ‘Dari mana kamu?’ Berkata mereka: ‘(Kami) Dari ahli Iraq.’ Berkata Omar (r.a): ‘Adakah mendapat izin kamu berada di sini?’. Berkata mereka: ‘Ya!’ Berkata (perawi hadith ini): ‘Bertanya mereka atas urusan solat seseorang lelaki di dalam rumahnya.’ Maka berkata Omar (r.a): ‘Bertanya aku kepada Rasulallah (s.a.w), maka bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘Adapun solat seseorang lelaki di dalam rumahnya menjadi cahaya (pada rumahnya).Maka memberi cahayalah kamu pada rumah-rumah kamu.’[Hadith Ibnu Majah] .

Adakah anda tahu? setiap kali anda mengerjakan solat sunat di rumah, seolah-olah anda memberikan cahaya kepada rumah yang gelap gelita, malah memberikan cahaya kepada diri anda semua. Sabda Rasulullah S.A.W:

Mana yang lebih afdhal? Solat di dalam rumah atau solat di dalam masjid?’ Bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘Adakah tidak engkau melihat pada rumahku? Apa-apa yang mendekati rumahku dari masjid! Maka apabila solat aku(solat sunat) di dalam rumah lebih senang (suka) padaku dari apabila bersolat aku di dalam masjid, kecuali apabila ada solat fardu (yakni, solat-solat fardu dibuat di masjid).’ [Hadith Ibnu Majah] 
Hadis di atas itu menyebutkan bahawa solat-solat fardu dibuat di masjid, i.e. dijema'ahkan, manakala solat-solat sunat itu dikerjakan di rumah.

(ii) Solat sunat di rumah Mendatangkan Kebaikan kpd Keluarga.
Rasulullah S.A.W memberitahu bahawa solat-solat sunat yg dikerjakan di rumah memberi kebaikan kepada rumah dan keluarga.

Diriwayatkan hadith daripada Abi Said al-Khudri (r.a) katanya hadith daripada Nabi (s.a.w) bersabda: ‘Ketika selesai salah seorang daripada kamu bersolat (fardu di masjid), maka hendaklah (bersolat solat di rumah) nescaya di solatkan sunat (di rumah) sebahagian daripada solat sunat. Maka sesungguhnya Allah menjadikan di dalam rumah kamu dari solat di rumah itu kebaikan (bagi kamu dan isi rumah kamu).’ [Hadith Ibnu Majah] 


(iii) Janganlah Jadikan Rumah Spt Kubur 
Dalam hadith di bawah ini Rasulallah (s.a.w) mengibaratkan rumah yg penghuninya tidak mengerjakan solat sunat seumpama kubur. Sebagaimana kubur sunyi sepi, tiada apa-apa kegiatan, begitulah rumah kita yg tidak ada orang yg mengerjakan solat-solat sunat di rumah mereka.

Diriwayatkan hadith daripada Nafi’, daripada Ibnu Umar (r.a) berkata: ‘Telah bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘Janganlah menjadikan rumah-rumah kamu (seperti) kubur-kubur.’ [Hadith Ibnu Majah] .
Mudah-mudahan, kita sentiasa mencari kesempatan untuk mengerjakan solat-solat sunat di rumah, terutama setelah bangun pada sepertiga terakhir malam untuk mengerjakan solat-solat sunat yg digalakkan iaitu Solat tahajud dan Solat Witir dan lain-lain solat. Seboleh-bolehkan ketika bersolat malam itu hendaklah dibaca surah-surah yg panjang kerana dalam suasana hening malam itu, hati kita lebih terteram dan lebih khusyuk.


Sunnah Kedua

(b) Bersugi

Mesti banyak orang tau ape tu sugi kan? haha...tak perlu la aku bagitau ape tu sugi.
Nak tau sedikit info tentang definisi sugi?

Definisi: Ia adalah satu perbuatan bagi membersihkan mulut dan gigi kita daripada kekotoran menggunakan kayu siwak.
Sekarang ni, kita selalu menggunakan berus gigi dan ubat gigi sebagai pembersih mulut dan gigi kita, tapi dengan adanya teknologi sekarang, terdapat beberapa jenis ubat gigi yang diformulasikan dengan ekstrak kayu sugi/kayu siwak. Contohnya:


Hukumnya pula adalah Sunat dan masanya ialah bila-bila masa tetapi masa yang paling dituntut ialah setelah bangun dari tidur, ketika hendak mendirikan sembahyang, ketika hendak membaca Al-Quraan,ketika berubah bau mulut, semasa hendak berzikir, ketika hendak keluar atau masuk rumah, ketika masuk masjid malah juga jika SAKIT MATA

Terdapat sabda Rasulullah yang menyuruh kita bersugi terutama selepas mengerjakan solat:

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ لَوْلاَ أَنْ أَشُقَّ عَلَى أُمَّتِي أَوْ عَلَى النَّاسِ لأَمَرْتُهُمْ بِالسِّوَاكِ مَعَ كُلِّ صَلاَةٍ

Maksudnya:
Daripada Abu Hurairah RA katanya Rasulullah SAW bersabda: Kalau tidak kerana menyusahkan umatku, pasti aku perintahkan bersugi pada setiap kali sembahyang.

( Riwayat Muttafaqun Alaihi)

Untuk cara bersugi pula, rajah di bawah menunjukkan cara-cara kayu sugi/kayu siwak disediakan sebelum digunakan:
Untuk cara pelaksanaan pula:

1.    Sunat berniat untuk bersugi, ‘Sahaja aku sunat bersugi’.
2.    Pegang kayu sugi dengan tangan kanan.
3.    Jadikan jari kelingking dan ibu jari di bawah kayu sugi, manakala jari manis, jari tengah dan jari telunjuk di atasnya.
4.    Makruh jika kayu sugi lebih panjang dari sejengkal.
5.    Sunat dimulai dengan bahagian kanan gigi hingga ke tengah kemudian dari kiri ke tengah seterusnya bahagian luar, dalamnya, lidah dan langit-langit halkum.

Di antara kelebihan/ manfaat daripada bersugi pula, sabda Rasulullah :

"Sesungguhnya Nabi s.a.w. telah bersabda bersugi itu membersihkan mulut dan mendapat redha dari Tuhannya"
(Riwayat Baihaqi)

Allah memberikan keredhaan kepada sesiapa yang bersugi untuk membersihkan mulut.

Best kan? Selain dari membersihkan mulut, kita juga akan mendapat keredhaanNya.

Selain itu juga, dengan bersugi, kita dapat menambahkan kecerdasan akal, mencerahkan mata, melambatkan pertumbuhan uban di rambut serta dapat menggandakan pahala dan InsyaAllah, ia juga dapat memudahkan kita untuk MENGUCAPKAN SYAHADAH TATKALA AJAL HAMPIR.

Inilah info-info tentang bersugi =)

Sunnah Ketiga

(iii) Puasa Sunat Enam Hari di Bulan Syawal

Korang pernah tak berpuasa enam masa hari raya (Syawal)? kalo tak pernah..takpelah..ianya sunat..tapi..ianya digalakkan kepada umat Islam sebab banyak manfaat yang kita boleh peroleh dengan berpuasa enam nie.
Puasa 6 Syawal ini sangat dituntut. Banyak fadhilat dan kelebihan dan ganjarannya. Oh kalau nampak ganjarannya, pasti ramai yang berebut-rebut nak buat. Moh le lihat dan baca apakah kelebihan berpuasa 6 Syawal! =D


Abu Ayyub al-Ansari r.a meriwayatkan bahawa Nabi SAW bersabda:

عَنْ أَبِي أَيُّوبَ الأَنْصَارِيِّ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ أَنَّهُ حَدَّثَهُ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ مَنْ صَامَ رَمَضَانَ ثُمَّ أَتْبَعَهُ سِتًّا مِنْ شَوَّالٍ كَانَ كَصِيَامِ الدَّهْرِ

"Barangsiapa berpuasa penuh di bulan Ramadhan lalu menyambungnya dengan (puasa) 6 hari di bulan Syawal, maka (pahalanya) seperti ia berpuasa selama 1 tahun."
(Riwayat Muslim)

Imam Ahmad dan an-Nasai'e meriwayatkan dari Thauban, Nabi SAW telah bersabda:

"Puasa Ramadhan (ganjarannya) sebanding dengan (puasa) 10 tahun, sedangkan puasa 6 hari di bulan Syawal, (pahalanya) sebanding dengan puasa 2 bulan, maka itulah bagaikan berpuasa setahun penuh."
 (Hadis Riwayat Ibu Khuzaimah dan Ibnu Hibban)

Diriwayatkan dalam suatu kisah apabila Rasulullah SAW bersama para Sahabat r.a sedang berada di dalam masjid, ketika sedang Rasulullah SAW mengajarkan ilmu agama kepada para Sahabat, tiba datang seorang perempuan yang amat cantik jelita berjumpa Rasulullah SAW. Kecantikkan perempuan tersebut menyebabkan semua sahabat berpaling ke arahnya. Kemudian, perempuan tersebut menyatakan hasrat agar Rasulullah SAW mengahwinkan dia dengan salah seorang daripada sahabat-sahabat Baginda SAW, tetapi dengan 3 syarat.
Syarat pertama ialah bakal suaminya itu tiap-tiap malam mesti mengkhatamkan bacaan al-Quran 30 juzu'. Syarat kedua pula, setiap hari suaminya itu hendaklah sentiasa mendirikan ibadat sepanjang malam, dan syarat ketiga ialah suaminya hendaklah berpuasa setiap hari sepanjang tahun. Maka dengan syarat ini, sahabat-sahabat Nabi SAW yang memiliki hasrat untuk berkahwin dengan perempuan tersebut hilang rasa keinginan itu. Nabi SAW pun menawarkan kepada para sahabat siapa yang sanggup berkahwin dengan perempuan ini. Akhirnya sahabat yang berada jauh ke belakang sanggup berkahwin dengan perempuan tersebut dengan menunaikan ketiga-tiga syarat tersebut.
Setelah sahabat tersebut berkahwin dengan perempuan yang cantik jelita itu berbulan-bulan lamanya, akhirnya perempuan itu melihat suaminya itu, semakin hari semakin kurang membaca al-Quran, kurang beribadat pada waktu malam, kurang berpuasa. Lalu dia pun pergi berjumpa Rasulullah SAW menceritakan hal suaminya yang telah mengingkari janjinya. Lalu Rasulullah SAW memanggil sahabat tersebut dan bertanyakan kenapa dia tidak menunaikan janjinya ketika mula-mula ingin mengahwini isterinya itu.
Lalu, sahabat tersebut menyatakan Ya Rasulullah: Bukankah engkau pernah menyatakan bahawa pahala membaca Surah Qul Huwallahu Ahad satu kali menyamai pahala membaca 10 juzu' daripada al-Quran? Jadi aku membacanya sebanyak 3 kali. Rasulullah SAW menjawab: Ya.
Kemudian, Ya Rasulullah: Bukankah engkau pernah menyebut bahawa dengan membaca Subhanallah, Alhamdulillah, Allahu Akbar, maka pahalanya menyamai ibadat sepanjang malam? Rasulullah menjawab: Ya.
Ya Rasulullah: Bukankah engkau pernah bersabda bahawa Barangsiapa berpuasa penuh di bulan Ramadhan lalu menyambungnya dengan (puasa) 6 hari di bulan Syawal, maka (pahalanya) seperti ia berpuasa selama 1 tahun? Rasulullah menjawab: Ya. Dengan ketiga-tiga jawapan sahabat tersebut, Rasulullah SAW dan isterinya meraikannya dengan senyuman kesyukuran.

Best tak? Best kan? So jangan lepaskan peluang untuk membuat puasa enam di bulan Syawal nanti yer! Raya nanti moh le kite pakat ramai2 buat puasa enam, banyak benar fadhilatnye =D

Harap-harap dengan post aku kali ni, korang semua akan dapat serba sedikit info yang berguna yang boleh dimanfaatkan bersama..amin ^^

Marilah sama-sama kita mengekalkan sunnah Rasulullah ni sebab banyak manfaat yg boleh diperolehi tau! (^_*) dan sama-sama lah kita muhasabahkan diri.. =)

and last thing..alhamdulillah..siap gak assignment nie...hahaha

Thank you for your attention ^^

Jumpe lagi! Assalamualaikum (^0^)/

1 comments:

anah samsudin said...

singgah dari UBM :)

Post a Comment