Blogger Templates

Followers!

Ok tak?

Tiada Istilah "Couple Islamic"

Assalamualaikum dan salam sejahtera sekali lagi  XD
Tadi kat facebook..aku terbaca 1 notes ni..
Kisahnye pasal kapel



Agak seronok membacanya..
Cerita ini berkisar tentang "couple Islamic"

Ade ke ek couple jenis cenggini??

Tapi aku dpt 1 entry dari facebook..akhirnye terungkai gak soalan aku selama nie..

Nah..bacalah..

Kisahnya
mengenai 3 org, Syafiq, Safura dan Muhammad. Syafiq dan Safura 
sama-sama belajar di SAM Bestari. Beberapa lama kemudian, Syafiq jatuh 
hati pada keayuan Safura. Matanya mengalahkan Zinnirah. Wajahnya 
berseri-seri dengan cahaya keimanan. Pergh!! Cantik sangatlah jika nak 
diceritakan. Tetapi, Syafiq cuba tahan. Dia tidak boleh meluahkan 
perasaan dia pada Safura sebab nanti takut kena tangkap dengan ajk 
pencegah maksiat sekolah.

Beberapa tahun 
berlalu...Akhirnya, apabila Syafiq berada di Tingkatan 5, dia sudah 
tidak mampu bertahan. Dia mengatur langkah dan akhirnya, Safura tewas 
pada pujuk rayunya. Walaubagaimanapun, mereka ini sedar yang mereka 
orang Islam. Islam tidak membenarkan umatnya ber’couple’. Jadi mereka
berpakat yang mereka ini hendak membuat satu revolusi dalam couple. 
"COUPLE ISLAMIC". 


Asal keluar, 
pergi tempat terbuka. Tak mainlah tempat gelap-gelap ni. Bukan itu 
sahaja, Safura kena pakai tudung labuh. Syafiq pula pakai serban dan 
jubah. Lepas itu mereka keluar bukan membuang masa, keluar bawa 
Al-Quran. Berhenti di kedai makan, tadarrus lagi. Jalan pula, mana ada 
pegang-pegang tangan, mereka ikut cara Nabi Musa. Lelaki di depan, 
perempuan di belakang. Bila balik rumah, missed call pagi-pagi. Suruh 
qiamullail. Hah! kan Islamic punya couple tu.

Setelah setahun
mengamalkan taktik sedemikian, Syafiq dit
akdirkan bertemu dengan 
Muhammad. Ketika itu Syafiq dan Safura sedang bertadarrus di RFC. 
Muhammad tiba-tiba datang menghampiri mereka kerana tiada tempat duduk. 
Bila duduk, Muhammad bertanya, "Have you married?". "No.", jawab Safura.
"So, why you sit together with this ajnabi alone here", tanya Muhammad.
"Kami couple, tapi Islamic way" jawab Syafiq. Muhammad hanya tersenyum 
mendengar jawapan itu. Muhammad pun memulakan ceritanya.

"Aku
ni muallaf. Asal dulu aku kristian. Tinggal kat Singapore. Dulu, aku 
suka sangat makan babi. Kalau sehari tak makan, pengsan aku. Pernah 
sekali mak aku terlupa beli babi, aku masuk wad malam tu. Tetapi, 
Alhamdulillah, Allah buka pintu hati aku untuk terima hidayah-Nya. Bila 
aku masuk Islam, aku dapat tahu, dalam Islam tak boleh makan babi. Aduh,
pening kepala aku. Macam mana aku nak buat ni??? Seminggu aku masuk
hospital lepas masuk Islam. 

Kalau zaman 
Rasulullah dulu ada peringkat-peringkat dia. Tapi aku…mana ada. Jadi, 
time kat hospital tu aku fikir. Akhirnya, aku jumpa satu jalan keluar. 
Aku nak Islamkan babi tu. Aku beli seekor anak babi. Dari kecik aku jaga
dia. Seekor lalat pun aku tak bagi dekat. Setiap jam aku mandikan dia. 
Lepas 3 hari, aku bisikkan kat telinga dia dua kalimah syahadah. Lepas 
tu, tiap-tiap hari aku bagi tazkirah kat babi tu. Asal dia berak aku 
vacuum terus. Camnilah kehidupan aku dan babi tu buat 2 tahun.

Menarik kan?? hahahaha
Korang faham tak ape maksud tersirat di sebalik cerita anak babi tadi??

Kalo korang paham bagusla =)

Kita renungkan sama-sama dan muhasabah diri...

Assalamualaikum dan Jumpa Lagi (^0^)/

6 comments:

azma_vochelle said...

mne aci..muke ak x nmpk pun lam slide show bff's tuu,,,huhuhuhuhu

Azuan said...

faham3...

Nizam Rahman said...

azma- ko jangan nak tipu...ade je k? ahahaha

azuan- =D

suha said...

salam..
saje jek menyinggah..just nak bitau cik suha ade tag cik nizam kat satu entry cik suha..nnti rerajin la review =)
http://suhasimplelife.blogspot.com/2011/04/contest-candid-dari-blog-suemuncet.html

suha said...

salam..nk bg link lagi..
wajib join tau haha
http://suhasimplelife.blogspot.com/2011/04/odahone-giveaway-bersamamu-hidup-ini.html

miszpiza said...

nice entry nizam =)

Post a Comment